MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

MAHATHIR HINA NABI ~ APA TINDAKAN KITA?

Saya tidak tahu perasaan orang lain, tetapi saya adalah mungkin di antara beribu atau berjuta lagi umat Islam yang teramat marah, sedih, geram, benci dan sejuta lagi perasaan berbaur yang tidak dapat dibendung terhadap si kafir murtad Mahathir Mohamad, Presiden UMNo dan Perdana Menteri Malaysia yang telah menghina dan merendah-rendahkan Nabi Muhammad s.a.w dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNo pada 11 Mei lepas. Saya sebut sekali lagi petikan ucapan si kafir murtad tersebut di bawah ini;

“Hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan rezeki yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikannya. Jika tidak orang itu, orang lain yang akan menyampaikannya. Jadi kita juga TIDAK PERLU berterima kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain yang akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu TIDAK PERLULAH kita mengagung-agungkan Nabi Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah s.w.t sahaja.”

Ucapan Dasar Presiden UMNo, Dr Mahathir Mohamad.
 Petikan dari Berita Harian/Utusan Malaysia 11 Mei 2000

Saya tidak mahu lagi mengulas kali kedua petikan ucapan di atas kerana ianya telah pun diulas oleh Cucu Datuk Bahaman dalam artikel bertajuk, “ Tikus Yang Mengaum Seperti Singa Sarkas”. Tapi kali ini saya mahu mengajak tuan-tuan dan puan-puan semua merenung kembali tahap keimanan sendiri jika tidak merasa apa-apa dengan penghinaan sebegitu rupa terhadap Nabi Muhammad s.a.w., Kekasih Allah s.w.t., Junjungan Penyuluh Alam yang menerangi dunia dan akhirat itu. Pemikiran sesat dan kufur yang cuba disampaikan oleh Mahathir itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Mahathir memang benar-benar mahu menguji sentimen umat Islam di negara ini. Sudahlah sebelum ini telah berpuluh kali beliau menghina hukum-hukum Allah s.w.t, Nabi s.a.w., para ulama dan institusi Islam yang lain amnya, kali ini beliau melebarkan lagi pemikiran kufur tersebut tanpa mengambil kira sensitiviti umat Islam. Nampaknya Mahathir benar-benar mahu mencabar umat Islam di negara ini, mungkin dengan beranggapan, apa yang mereka boleh buat dengan aku ? Jika dibiarkan si kufur murtad tersebut membuka mulutnya yang tidak berjahit itu lagi tanpa apa-apa tindakan daripada umat Islam seluruhnya, nescaya si kafir murtad tersebut merasakan dia benar dan di lain kali, akan menjadi lebih berani lagi untuk bercakap atau berbuat yang terlebih dahsyat terhadap Islam dan umatnya.

Saya cukup hairan dengan sikap kita yang teramat tidak senstitif dengan ucapan-ucapan kufur sedemikian jika dibandingkan dengan umat Islam di negara lain. Di Bangladesh, apabila Taslima Nasreen menulis buku yang menghina Nabi dan Islam, umatnya bangkit dengan suatu ledakan massa sehingga memaksa kerajaan negara tersebut tunduk dengan desakan keras untuk membunuh perempuan sial tersebut. Walhal, jika berbanding dengan negara kita, Bangladesh jauh lebih mundur dan miskin, tetapi umatnya masih lagi memiliki sensitiviti yang kukuh terhadap pencabulan atau penghinaan kepada Islam. Inilah, kekadang kekayaan membuatkan manusia mudah lupa asal usul dan ajaran agamanya. Di Iran, di India walaupun umatnya hidup dalam keadaan yang mungkin tidak seperti kita di Malaysia ini, mereka bangkit sehingga menggoncangkan dunia apabila ada musuh yang cuba menghina Islam, Nabi dan sebagainya.

Tetapi amat malang kita umat Islam di Malaysia ini masih lagi dibaluti mimpi pengecut dan sayangkan dunia mengatasi segala kepentingan dan maruah agama.  Saya cukup yakin, Mahathir mengucapkan penghinaannya ke atas Nabi s.aw. itu dalam keadaan penuh sedar tetapi beliau sebenarnya mahu menguji sentimen umat Islam di negara ini. Apabila melihat tiadanya tindakan dan reaksi yang keras yang sampai menggetarkannya, maka beliau akan terus mengulangi lagi niat jahatnya di masa-masa akan datang.

Amat sedih sekali, di kalangan ahli-ahli UMNo yang menjadi perwakilan dalam persidangan UMNo tersebut, seorang pun tidak sanggup atau berani menegur ucapan sesat Mahathir itu. Kadang saya cukup hairan, kenapa ahli-ahli UMNo khususnya dan kita rakyat amnya, terlalu takut dengan manusia puaka bernama Mahathir itu. Adakah beliau itu seorang dewa yang turun dari kayangan dan memiliki kuasa sakti yang dapat menyihir kita semua menjadi batu dan kayu ? Atau adakah beliau bukan manusia yang makan nasi, kencing berak dan tidur baring seperti kita ? Adakah Mahathir memakan nasi yang ditanak daripada beras emas dan berlaukkan ikan dan daging dari alam buana yang tidak pernah dinikmati oleh manusia yang lainnya? Adakah Mahathir mempunyai darah yang tidak berwarna merah seperti kita yang lainnya? Adakah Mahathir seorang manusia yang tidak akan mati atau dikambus dalam kubur seperti manusia yang lainnya ? Adakah kerana ini semua maka anda semua – wahai ahli-ahli UMNo yang buta dan pekak, menjadi teramat takut untuk menyanggah dan menentang apa yang dibuat oleh Mahathir sekalipun beliau dengan begitu berani menghina Nabi anda sendiri ? Untuk kesekian kalinya si celaka itu menghina Nabi s.a.w. selepas isu janggut Nabi tidak lama dulu, anda semua ahli-ahli UMNo dapat menerimanya begitu sahaja ? Sekadar tidak redha dalam hati sahajakah ?

Jadi, saya mahu mengajak anda semua, kepada siapa yang masih lagi ada iman dan mengaku umat Muhammad s.aw. supaya dapat mengambil tindakan yang menyeluruh dan konkrit untuk membantah ucapan Mahathir itu, bukan setakat berceramah dan mengedarkan kertas-kertas artikel yang dicetak dari laman-laman reformasi sahaja. Kita mesti bertindak tegas dan keras terhadap Mahathir. Sekalipun beliau memiliki kekuatan polis dan tentera, namun yakinlah kekuatan Allah s.w.t. mampu menghancurkan semua kekuatan makhluk itu. Inilah masanya untuk kita bertindak. Kita jadikan ucapan sesat Mahathir kali ini itu sebagai batu loncatan atau titik penentu untuk menggulingkannya. Jika anda masih mempunyai iman dan Islam, inilah masanya untuk membuktikan kecintaan anda kepada Nabi s.a.w. Inilah masanya kita mengadakan demonstrasi besar-besaran untuk menggoncangkan kerajaannya.

Sampai bila kita mahu mendiamkan diri dengan manusia sesat itu untuk dia terus menjadi pemimpin negara ini? Sampai bila kita mahu bersikap ‘tunggu dan lihat’ atau bersabar sahaja sehingga pilihanraya akan datang ? Adakah kita cukup yakin bahawa kita mampu menewaskan UMNo/BN dalam pilihanraya akan datang sedangkan keyakinan kita dalam pilihanraya yang baru berlalu itu pun sudah dihancur-leburkan oleh Mamak Sial itu dengan penipuan dan penyelewengan yang tidak dapat disanggah oleh kita sendiri. Kadang saya merasakan kesabaran kita, khususnya orang-orang Melayu ini tidak kena pada tempatnya. Sabar yang tidak secocok rasanya dengan kehendak Islam itu sendiri. Hinggakan orang nak menghina Islam, menghina Allah dan Nabi pun kita masih bersabar, kononnya untuk mengelakkan pertumpahan darah. Bukankah pertumpahan darah kerana mempertahankan maruah Islam itu sesuatu yang dituntut ?

Dalam soal-soal sebegini, saya lebih hormatkan keberanian rakyat Indonesia, meskipun  mereka hidup dalam serba kekurangan terutama dalam keadaan kegawatan ekonomi baru-baru ini, tetapi rakyatnya memiliki keberanian yang luar biasa. Keberanian setajam buluh runcing, pedang dan tombak, yang telah berjaya menghalau penjajah Belanda dahulu. Namun kita masih lagi dibuai mimpi indah, berseronok dengan anak isteri. Yang kita bimbangkan ialah takut dapur tak berasap atau anak tidak lulus SPM. Inilah kebimbangan kita yang sebenarnya, lebih mengatasi kebimbangan kalau-kalau Islam itu sendiri terancam dan diperlecehkan sebegitu rupa.

Mungkin anda menyangka saya begitu emosional dalam soal-soal sebegini, tetapi tanpa emosional, memang maruah Islam akan tercabar dan diperlecehkan oleh musuh-musuhnya, tidak kira masa dan keadaan. Disebabkan kita tidak memiliki sifat emosionallah maka orang berani menghina Islam sebegitu rupa. Kita sebenarnya memang tidak memiliki sifat seberani rakyat Indonesia atau Bangladesh. Sehina-hina rakyat Bangla yang datang mencari rezeki di negara ini pun, mereka masih ada sensitiviti yang kuat apabila orang menghina Islam atau Nabi s.a.w.  Ulama-ulama yang menjadi syaitan bisu yang tidak berani menyanggah Mahathir itu adalah seburuk-buruk makhluk yang wujud di atas muka bumi ini.

Sekali lagi saya ingin menyoal, apakah tindakan kita untuk menyanggah ucapan sesat Mahathir tersebut. Cukupkah dengan melahirkan rasa kesal sahaja atau berceramah ke sana ke mari mengutuk begitu sahaja. Kemudian, apabila masa berlalu agak lama sedikit, si gila itu akan menghina lagi Islam atau Nabi s.a.w. Begitulah seterusnya. Ini sahajakah tindakan kita ? Saya cukup yakin bahawa darah Mahathir adalah halal, halal sebagaimana halalnya darah Salman  Rushdie dan Taslima Nasreen ! Bukankah beliau pernah mencabar supaya orang menembaknya semasa berucap di London dahulu ?

Tentera Berani Mati

 counter.bloke.com